Thursday, June 24, 2010

MENGEMBANGKAN KEKUATAN KOSENTRASI

MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI

Kekuatan konsentrasi ialah kemampuan menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran kepada satu perkara sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain. Kekuatan konsentrasi ini berhubung erat dengan kekuatan mengingat dan berfikir. Salah satu faktor terbesar sindrom 'lupa' ialah kerana lemahnya daya penumpuan atau konsentrasi. Kelemahan daya penumpuan menyebabkan fikiran mudah beralih, menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain. Apabila ianya berlaku, maklumat-maklumat yang diperolehi melalui pembacaan, penglihatan dan pendengaran tidak dapat diingati dengan baik kerana ia tidak dapat didaftarkan ke dalam sistem ingatan seseorang.

Semasa konsentrasi terhadap sesuatu aktiviti, misalnya membaca, fikiran seseorang akan mengamati, memahami, menilai dan mengingati bahan bacaan tersebut dengan sangat baik. Individu yang memiliki daya konsentrasi yang tinggi mempunyai beberapa kelebihan.

1.Tahap kefahamannya tinggi. Cepat dalam memahami sesuatu perkara. Dapat memahami pengertian yang tersurat dan tersirat. Memahami sesuatu perkara dengan terperinci dan detail.
2.Cekap memproses dan menganalisa maklumat yang diterima.
3.Kecekapan mengeluarkan kembali fakta-fakta yang diperlukan dengan tepat dan terperinci.
4.Kebiasaanya cemerlang dalam bidang yang diminati.
5.Kebolehan bekerja dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu aktiviti dalam tempoh yang lama.
6.Menghasilkan kerja, tugasan dan karya yang bermutu.
7.Kemahiran berfikir dengan pantas dan tepat.
8.Mindanya sentiasa bersedia dan cergas.
9.Memiliki daya ingatan yang sangat tinggi.

No comments: