Thursday, June 24, 2010

MADAH TERINDAH

MADAH TERINDAH..

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).

Janganlah kamu hanya berdoa”Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.

“Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah” (Hadis Riwayat Muslim)

“Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi” (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya” (Hadis Riwayat Al-Khatib)

“Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati” (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Kapankah Allah SWT tidak senang kepada hambaNya? Yaitu ketika seorang hamba merasa terganggu dengan lamanya berdzikir secara kolektif. Jika cintanya pada Allah swt adalah Cinta Sejati, maka itu akan terasa seperti sekejap mata.

“Yang lebih penting daripada ilmu ialah pemindahan ilmu tersebut dari hati ke hati “

“Jadi Cinta adalah pilar utama paling penting dari Iman. Tanpa Cinta, tak akan ada Iman. Saya dapat berbicara tentang hal ini hingga tahun depan, tapi kalian harus mengerti, dari setetes, menjadi sebuah samudera!


KATA-KATA HIKMAH HARTA
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)

Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan si pandai.

Jauhilah tuJuh kebinasaan iaitu syirik, sihir, bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.

Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.

Keinginan kepada harta tidak terbatas, padahal hidup sendiri terbatas.

Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada. (Hamka)

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.

Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka)

Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal, bersikap dermawan sangat dianjurkan, tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.

Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus. Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.

Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.

Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.

Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.

Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri, orang yang berlaku curang.

Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.

Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.

Adakalanya untuk MEMILIKI kemegahan atau kekuasaan, SESEORANG itu akan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.

Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta. Pertama tamak dan haloba, kedua bakhil.

Harta benda amat perlu. Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji. Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.

Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda. Fikiran yang cerdas, akal yang lanjut, ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.

Kekayaan ialah nikmat Allah. Seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.

Bertambah tinggi darjat iman, bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi. Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).

Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.

Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan. Harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

No comments: