Thursday, July 29, 2010

PUASA UBAT AJAIB MENINGKATKAN IQ

PUASA : UBAT AJAIB MENINGKATKAN IQ
Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan. Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.
Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Belaiu sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para serdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan 'genius'. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia 'baligh' dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.
Puasa merupakan 'keajaiban dari langit' kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh kebatinan berkata, "Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya."
Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma anda memetik kesimpulannya, " Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa."
Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku 'overhaul tubuh', menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.
Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-tabib Islam juga mengeaskan bahawa perut (ma'idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma'idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma'idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, "Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu."
Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.
Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."
Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih 'pick-up', bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

PETUA MENDAPAT ANAK, ANAK LELAKI, PUTIH BERSIH

Petua Mendapat Anak.
Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.
Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki
hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan kesebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.


Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.


Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap
malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Petua 3
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika
tidur.
Petua 4
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.


Air Susu Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.


Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.


Menyembuhkan Luka Pada Rahim
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.


Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan.
Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbukbersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. InsyaAllah ia amat berkesan.

Komen
Petua-petua di atas merupakan hasil dari koleksi petua-petua yg diamalkan oleh nenek moyang kita. Sebahagian dari petua dan rawatan tersebut telah dipermudahkan pada masa sekarang dengan kewujudan industri-industri herba. Ubat-ubat dari herba dapat diperolehi dengan mudah dari kedai-kedai.Peringata n:- Pastikan segala ubat-ubatan herba tersebut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Sebaik-baiknya jika anda mengalami masalah kesihatan berkaitan alat sulit anda seperti keputihan dan sebagianya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya. Petua-petua senaman yang telah diberikan di dalam dokumen ini amat baik sekali untuk diamalkan sama ada anda belum atau sudah berkahwin. Ia telah diperakui oleh pakar-pakar kesihatan. Boleh disemak didalam laman-laman web antarabangsa. Gunakan keyword “kegel exercise” atau “pelvic exercise”. Disamping untuk kesihatan seksual ia juga amat baik untuk mengatasi gejala seperti kencing tak puas (incontinence) disebabkan otot-otot pelvik yang lemah. Akhirkata, kepada wanita wanita yang telah berkahwin, manafaatkan amalan dan petua petua ini terutama petua senaman untuk kebahagiaan rumahtangga anda. Jangan anggap bila dah berkahwin dan mempunyai anak, maka kesihatan seksual tak perlu diberi perhatian lagi. Itu kesilapan besar.Peringata n :- Segala petua-petua diatas jangan digunakan untuk tujuan maksiat.

Saturday, July 24, 2010

KETENANGAN MEMPENGARUHI KEUPAYAAN MENTAL

KETENANGAN MEMPERGARUHI KEUPAYAAN MENTAL
Kuasa minda berada pada tahap maksimum apabila kita berada dalam keadaan tenang dan bebas dari ketegangan. Gelombang otak bergerak dalam kadar pusingan yang rendah. Pada tempo ini, prestasi kerja otak adalah cemerlang. Kita sangat mudah mengingati sesuatu, berfikir dengan cekap dan pantas manakala idea-idea kreatif mengalir mencurah-curah.
Waktu pagi terutamanya pada hari cuti adalah contoh terbaik di mana gelombang fikiran adalah rendah. Fikiran anda begitu tenang, nyaman dan lapang. Anda tentu mengalami, pada waktu ini fikiran anda dalam keadaan segar, ingatan cukup baik serta otak sungguh lincah dan cergas. Bahkan semasa anda mandi, mengosok baju atau mencukur misai, anda tentu diterjahi dengan pelbagai idea atau gagasan yang bermutu dan menarik sekali. Kedatangannya adalah secara mendadak dan sementara, tanpa terfikir terlebih dahulu.
Begitulah keadaannya apabila fikiran berada dalam gelombang 'alpha' iaitu gelombang yang bertekanan rendah dan bebas dari ketegangan dan tekanan; kuasa minda kita menjadi begitu bertenaga.
Di Bulgaria, Dr. Georgi Lozanoz mengasaskan kaedah 'Pembelajaran Suggestopedia'. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol di institutnya mampu menghafal 1,000 perkataan baru pada setiap hari. Dengan hanya belajar 10 hari sahaja, di mana setiap harinya 4 jam sahaja, mereka mampu belajar apa yang dapat dipelajari selama satu tahun di institut-institut bahasa lain. Kaedah ini sangat popular dan sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah rahsia kejayaan kaedah Suggestopedia ini?
Rahsia kejayaannya ialah KETENANGAN DAN KEREHATAN semasa belajar (tension-free). Kelasnya terdiri daripada 14 - 15 orang pelajar. Kerusi di dalam kelas adalah 'kerusi malas'. Semasa sesi pembelajaran, muzik yang boleh membangkitkan ketenangan kepada jiwa dimainkan dengan sangat perlahan terutama muzik klasik oleh komposer-komposer baroque. Muzik baroque sangat disukai kerana detakannya 60 kali seminit, sama dengan dengupan jantung manusia ketika berada dalam keadaan tenang dan rehat.
Selepas setiap 30 minit belajar, mereka berhenti rehat sambil mendengar muzik dan bersantai. Guru-guru adalah mesra. Tidak pernah marah, merungut, menyindir atau berleter apabila pelajar melakukan kesilapan. Kaedah ini benar-benar berasaskan prinsip 'tension-free' iaitu bebas dari tekanan dan ketegangan serta penuh dengan istirehat dan ketenangan.
Eksperimen Dr. Lozanov mendapati ketenangan mempengaruhi daya ingatan dan kecerdasan fikiran. Apabila melakukan aktiviti istirehat, denyutan jantung berkurang 5 - 10 denyutan, tekanan darah menurun, gelombang beta menurun, ketegangan berkurang, dapat mengawal stress, membaiki kesihatan otak, tubuh badan serta emosi, pernafasan semakin perlahan, meningkatkan daya konsentrasi seterusnya meningkatkan kecerdasan dan ingatan.
Beberapa tahun lalu pula, dunia digemparkan dengan penemuan saintis bahawa pokok yang hidup dalam suasana muzik keras (Rock) lambat membesar berbanding pokok yang hidup dalam suasana muzik perlahan. Dari penemuan ini dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran mempengaruhi bukan sahaja terhadap perkembangan otak manusia bahkan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Suasana persekitaran yang penuh dengan ketegangan boleh melambatkan perkembangan fisiologi, emosi dan akal.
Ketenangan jiwa ialah 'pokok' kesihatan rohani dan jasmani. Manakala ketegangan, kebimbangan dan kegelisahan adalah 'pokok' segala penyakit rohani dan jasmani termasuk kelembabpan dan kelumpuhan fikiran.
Antara penyakit yang kerap melanda orang yang selalu mengalami stress dan tension ialah sakit perut, sakit kepala, kekejangan otot, kerosakan gigi, lemah urat saraf, lemah pancaindera penglihatan dan pendengaran, wajah muram dan cepat tua, PELUPA, KELEMAHAN DALAM BERFIKIR dan LEMAH DAYA PENUMPUAN. Pada peringkat yang lebih kronik ia kana menyebabkan lelah, darah tinggi, kencing manis, mati pucuk, sakit pinggang, lemah jantung, lumpuh, kanser dan penyakit-penyakit jiwa.
Semasa mengalami ketegangan seperti marah, cemas, gelisah dan sedih; pernafasan menjadi semakin kuat dan tekanan darah bertambah tinggi. Ini menyebabkan banyak darah dipam dengan kuat ke arah jantung, urat saraf dan otot-otot. Manakala darah kurang mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya iaitu perut dan usus. Akibatnya proses-proses di usus terhenti.
Limpa mengecut sambil melepaskan darah-darah yang ada padanya. Zat-zat gula pula yang belum diolah dan tersimpan di dalam hati yang berbentuk lemak haiwan dialirkan ke pembuluh darah. Ini pula menyebabkan kadar gula di dalam darah menjadi berlebihan.
Semua proses ini berlaku kesan dari utusan dan isyarat marah, sedih dan gelisah yang sampai ke otak. Selanjutnya hormon-hormon adrenalin dihasilkan dengan banyaknya. Ini semua menimbulkan kelemahan-kelemahan biologi, fizikal dan mental.
Jadi untuk mendapat memori yang baik dan minda yang cergas, anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa tenang dan jauh dari keluh-kesah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengekalkan ketenangan jiwa :-
• Selalu bersolat dengan khusyuk.
• Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa tension.
• Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.
• Berpuasa dan bersolat sunat.
• Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.
• Tidur yang mencukupi.
• Suasana dan kediaman yang teratur.
• Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.
• Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.
• Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.
• Melangsaikan semua hutang.
• Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.
• Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.
• Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.
• Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.
• Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.
• Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

RAHSIA WANITA TANAH, AIR, API DAN ANGIN

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
• Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
• Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
• Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
• Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
• Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
• Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
• Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
• Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
• Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
• Penasihat yang baik kepada suami.
• Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
• Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
• Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
• Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
• Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
• Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
• Bijak mewujudkan suasana selesa.
• Hati yang cepat berubah ubah.

HANTU

Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.
Dari segi Fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif. Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.
Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb. setiap bulan.
Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.
Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.
Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.
Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti diatas.
Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.
Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesn oleh organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.
Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.
Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.
Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.
Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini. Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.
Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.
Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.
Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.
Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.
Penyingkiran Tenaga Asing
Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.

Friday, July 23, 2010

SENAMAN DAN GERAK BADAN MEMBANGUNKAN AKAL DAN JASMANI

SENAMAN DAN GERAK BADAN MEMBANGUNKAN AKAL DAN JASMANI
Sebuah pepatah yang amat popular berbunyi "Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat". Salah satu cara untuk membina badan yang sihat ialah melalui kegiatan-kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh. Misalnya bersenam dan sebarang aktiviti gerak badan seperti bersukan, seni mempertahankan diri, berbasikal, mengcangkul, berkebun dan sebagainya. Berpeluh boleh membuang racun-racun di dalam darah, mengawal suhu badan, menstabilkan kandungan air di dalam badan dan membuang bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan.
Berat otak cuma 3 paun atau merupakan 2 hingga 3 peratus dari berat badan keseluruhannya. Walaupun begitu, otak memerlukan jumlah oksigen yang banyak iaitu di antara 20 hingga 25 peratus oksigen yang diterima oleh tubuh untuk berfungsi dengan optimum. Kekurangan bekalan oksigen akan menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Dengan melakukan senaman dan gerakan badan, menjadikan anda bernafas daalam-dalam dan kadangkala mencungap. Kebiasaannya kita bernafas dengan menggunakan hidung dan dada sahaja. Sedangkan pernafasan yang mendalam melibatkan hidung, dada dan perut. Ini memastikan sel-sel otak anda menerima bekalan oksigen dalam kuantiti yang mencukupi untuk beraksi dengan cemerlang.
Faedah senaman dan aktiviti gerak badan sudah lama diketahui oleh bangsa-bangsa yang bertamadun. Bangsa Yunani beranggapan seni gimnastik merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menambahkan kecerdasan individu. Masyarakat Timur memperkembangkan kecerdasan melalui aktiviti badan seperti yoga (India), tai chi (China) dan aikido(Jepun). Di Jepun, syarikat-syarikat yang ternama menyediakan masa rehat untuk semua pekerjanya melakukan senaman. Menurut Islam, tubuh badan mempunyai haknya sendiri. Haknya ialah menjaga setiap anggota tubuh termasuk otak supaya sihat dan cergas. Sabda Rasullulah s.a.w "Badanmu juga memerlukan hak yang mesti engkau jaga".
Senaman membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh. Ia menolong mengurangkan stress, meningkatkan daya imbangan dan tindakbalas di dalam sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir. Mengurangkan kadar nadi dan meningkatkan kadar nadi pemulihan dalam sistem jantung. Menambahkan muatan dan edaran gas di dalam paru-paru. Meningkatkan aliran darah, meningkatkan saiz, kekebalan dan kekuatan otot-otot. Menambahkan kekuatan tulang dan ligamen serta meningkatkan tisu sendi kedua-duanya.
Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran.
CIRI-CIRI SENAMAN YANG TERBAIK
1. Diamalkan pada setiap hari.
2. Dilakukan antara 30 hingga 40 minit sahaja.
3. Dilakukan sehingga berpeluh.
4. Melakukan senaman yang menyeluruh iaitu senaman yang menggunakan berbagai-bagai otot dan urat seperti berjalan, berjogging, solat, berenang, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

BAU WANGI MERUPAKAN SANTAPAN ROH

Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.
Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan.
Sudah beberapa kali saya menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu.
Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian.
Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.
Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan.
Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.
Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.
Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.
Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu.
Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Thursday, July 22, 2010

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS ISLAM

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL

PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL
Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.
Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.
MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL
1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
2)PROTEIN
Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4)AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.
Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7)SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.
Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

PETUA SENAMAN ISTIMEWA WANITA

Petua Senaman Istimewa Wanita
1. Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.


2. Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikankedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan- lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.


3. Senaman Klasik Kemutan Faraj
1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kak dirapatkan).
Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut)
pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan
1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut seperti menahan air kencing.
Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak,
menonton dan sebagainya

PETUA KEMUTAN FARAJ

Petua Kemutan Faraj
Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.

PETUA SAYANG SUAMI

Petua Sayang Suami
Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya. InsyaAllah.

PETUA KEMBALI GADIS

Petua Kembali Gadis
Petua 1
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

PETUA PULIH DARA

Petua Pulih Dara
Ramuan terdiri drp
- 12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari kedai India)
- Gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (boleh dibeli dari kedai ubat cina dan penjual ubat kaki lima).
Pinang muda ini dibelah dua. Pastikan isinya masih lembut dan bergetah. Tumbuk isi pinang muda ini dan kemudian diperah bagi mendapatkan air pekat bergetah berwarna kemerahan. Campurkan dengan gambir Sarawak yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Kacau rata2 dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga terbentuk cecair pekat seperti gam (tak begitu kuat melekat apabila disentuh). Celupkan ramuan ini dgn cotton bud atau kapas yang digulung. Perlahan2 masukkan ke dalam lubang faraj yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Lakukan sorong tarik dengan berhati-hati sebanyak 3-4 kali. Peringkat awal, mungkin rasa pedih sedikit. Jgn membasuh faraj atau buang air selama 3 jam setelah melakukan rawatan ini atau anda terpaksa mengulangnya sekali lagi. Seeloknya dilakukan rawatan petua ini pada sebelah malam atau selepas subuh. Jangan lakukan ketika sedang haid. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rawatan ini selama 44 hari. Jika anda melakukan rawatan petua ini dengan betul, lubang faraj anda seakan diselaputi kulit nipis seperti selaput. Jika bergesel zakar, anda akan berasa faraj anda begitu ketat dan pedih. Ini adalah kerana air pinang muda dan gambir sarawak akan mula bertindak mengetatkan permukaan dalam dan luar faraj apabila air mazi mengalir dari faraj. Apabila air ini bergabung dan menitis ke kain cadar, seperti ada tanda titisan darah bayu (jernih).

PETUA TAHAN LAMA KETIKA BERJIMAK

Petua Tahan Lama Ketika Berjimak
Sediakan 1 inci halia, diparut dan ambil airnya. I biji telur ayam kampung digoncang-goncangkannya. 1 biji limau nipis yang besar, perah dan ambil airnya. 1 sudu besar kicap. 1 sudu besar madu asli dan 7 biji lada sulah yang telah dihancurkan. Kesemua ramuan tersebut dihancurkan menjadi satu dan dikacau sehingga sebati. Kemudian minumlah sebelum tidur malam (terutama sebelum berjimak). Ulangi 2 kali seminggu, anda mampu berjimak di dalam masa yang lama menggunakan ramuan ini.

MENGELAK ALAT SULIT BERBAU

Mengelak Alat Sulit Berbau
Petua 1
Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi
dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.
Petua 2
Ini ada petua Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut2.

MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA FARAJ

Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
Petua 1
Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.
Petua 2
Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.

MASAALAH KEPUTIHAN PADA FARAJ

Masalah Keputihan Pada Faraj
Petua 1
Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2
Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari
oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3
Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4
Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi
dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.
Petua 5
Rebus
10 biji manjakani
10 biji buah keras
10 helai daun sireh
2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah.
Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk
mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.

MERAPATKAN PERANAKAN

Merapatkan Peranakan

Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam
lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.

MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ

Mengurangkan Air Pada Faraj
Petua 1
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan
kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Petua 2
Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Ramuan ini dapat mengurangkan air pada faraj dan
mengetatkan faraj.
Petua 3
Rebus biji manjakani dengan beberapa helai sireh dalam periuk. Apabila menggelegak, wapkan faraj anda dengan
wap rebusan tersebut. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.

MEMERAHKAN PUTING YANG LEBAM

Memerahkan Puting Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

MENEGANGKAN PAYUDARA

Menegangkan Payudara

Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu.
1) Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.
2) Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
3) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
4) Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Mencantikkan Payudara
Petua 1
Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit.
BAsahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.
Petua 2
Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan disekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan
selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

MELUNAKAN SUARA

Melunakkan Suara
Petua 1
Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.
Petua 2
Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum
membasuh muka atau gosok gigi dahulu.
Meningkatkan Penghadaman
1. Makan dalam keadaan tenang.
2. Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.
3. Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.
4. Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
5. Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika adalam waktu makan yang sebenarnya. Jika
perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
6. Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur,
madu, glukos, yogut dan lain lain.
7. Kurangkan makanan yang lambat hazam seperti lemak, protein dan karbohidrat.

MELEMBUT DAN MELICINKAN KULIT

Melembut Dan Melicinkan Kulit
Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan
seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke
atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan