Thursday, June 24, 2010

CARA MEMBUAT JERUK

CARA MEMBUAT JERUK BUAH-BUAHAN


Jeruk Buah Mempelam
1. 50 kg Buah mempelam muda belum bersabut bijinya - bersihkan, Tak perlu dibelah dan buang kulitnya).

2. Masukkan ke dalam takungan merendam, dan tuang air bersih setakat buah-buah mempelam itu terendam di bawah 1 inci dari paras air. Masukkan 9 kg Garam dan 720g Calcium chloride; kacau hingga larut.
[Isi dengan air ke dalam bekas plastik dan diikat kuat, untuk diletakkan di atas buah-buah mempelam supaya buah-buah mempelam itu tertekan dan tenggelam; tidak terapung-apung]

3. Tutup takungan dengan plastik yang diikat kuat supaya buah terperam selama 2 - 5 minggu. Jika kepekatan air garam berkurangan semasa proses pemeraman, tambah lagi garam sebanyak 900g Garam, kacau hingga larut.
[Uji buah: Buah akan bertukar warna. Ambil sebiji buah mempelam dan dibelah, jika ada kelihatan warna jalur putih asal, ini bermakna proses pemeraman belum selesai; teruskan pemeraman sehingga warna bahagian dalam buah tiada lagi berwarna putih asal.]

4. Belah buah mempelam dan masukkan ke dalam takungan yang bersih dan tuangkan Air Suam sehingga semua buah terendam, dan masukkan sekali lagi:
(a) 720g Calcium Chloride, dan dikacau hingga larut dn biarkan selama 3 jam.
(b) Apabila air suam sejuk, masukkan pula 156 ml Cuka (kepekatan 10%) dan kacau sebati.

4. Sediakan arutan Air Gula, menggunakan 8 kg gula (kepekatan 50%), masak sehingga mendidih dan:
(a) Masuklan sekali lagi 720g Calcium Chloride dan kacau hingga larut. Sejukkan Larutan Gula ini.
(b) Masukkan 175 ml Cuka (kepekatan 10%) atau secukup rasa, rasanya yang dikehendaki; dan kacau sebati.
(c) Masukkan 4 g Sodium Benzoate dan kacau sebati (sebagai bahan awet [preservatif]).

5. Susun buah mempelam dalam botol yang bersih* dan taungkan Larutan Air Gula (adunan No. 4) menutupi buah-buah mempelam; dan tutup botol kuat-kuat.

Jeruk Buah Betik:
1. 50 kg buah betik matang yang belum masak
2. 9 kg g Garam
3. 8 kg Gula
4. 175 ml Cuka
5. 256g Alum (Tawas)

Cara Memproses:
1. Buah petik dikupas, potonng mengikut kehendak sendiri

2. Basuh dan ditoskan, dan dicelur dengan air panas 50 - 60 ÂșC selama 1 minit dan ditos.

3. Rendam (peram) buah betik dalam takungan menggunakan Air Garam (kepekatan 12 - 15%)
[Isi dengan air ke dalam bekas plastik dan diikat kuat, untuk diletakkan di atas buah-buah betik supaya buah-buah betik itu tertekan dan tenggelam; tidak terapung-apung].

4. Peram selama 2 minggu atau sehingga tisu betik menjadi berkilat atau jernih.

5. Kerluarkan jeruk betik dan ditos, kemudian dan sediakan Air Larutan Alum (Tawas) dengan membancuh 156 g dengan Air Bersih itu dan rendam selama semalaman.

6. Sediakan Alir Gula (8 kg Gula) - masak hinngga mendidih [kepekatan 40%], dan masukkan:
(a) 175 ml Cuka
(b) 256g Alum (Tawas) dan kacau sebati, dan sejukkan ke suhu 70° C.

7. Susun jeruk betik dalam botol yang bersih* dan taungkan Larutan Air Gula (adunan No.6) menutupi betik; dan tutup botol kuat-kuat.

8. Panaskan botol-botol yang telah diisi dengan jeruk betik itu dalam air menidih selama 5 minit.

Jeruk Buah Kedondong
(Sama dengan cara memproses Jeruk Buah Betik, tetapi kulitnya hendaklah dikupas terlebih dahulu).

4 comments:

Mr Bukit Besi said...

Sedapnye jeruk. Di blog saya juga saya ada berkongsi resepi jeruk mangga asam boi bercili.

Anonymous said...

assalamualaikum...ada cadangan untuk buat jeruk buah naga..? sy student yg nak study pasal buah2 yg rare utk penjerukkan..ty

Anonymous said...

Kalau nak beli jeruk buah secara online, & atas talian laman sesawang, buat pertama kami di Malaysia, perniagaan jeruk buah di pasaran online ...tempah sekarang!
INGAT JB INGAT JERUK BUAH, http://www.jerukbuah.com
Malaysia Fruits pickles delivery

WA .. Abu Yaz said...

Tqvm mohon utk share