Sunday, June 27, 2010

PETUA MERAWAT SENGUGUT

Merawat Sengugut
Petua 1
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah
diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.
Petua 5
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
Petua 6
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

MENGHARUMKAN BADAN

Mengharumkan Badan
Petua 1
Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian. Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.
Petua 2
Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

PETUA KEKAL LANSING

Petua Kekal Langsing
Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru
iaitu
1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
B) Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
C)
Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

MEMBERSIHKAN PERUT UNTUK TERANG HATI

MEMBERSIHKAN PERUT UNTUK TERANG HATI
Perut adalah sumber kepada hampir segala penyakit ! Perut bersih, badan terhindar dari penyakit dan otak menjadi sihat. Perut kotor, badan terdedah kepada pelbagai penyakit dan otak menjadi lemah. Pembersihan ini boleh dilakukan dengan memakan julap atau jadam. Makanlah sebulan atau dua bulan sekali. Memakan julap adalah amalan orang Arab dan India. Memakan buah pic sebelum makan pagi juga boleh menggantikan julap dan jadam untuk membersihkan perut. Sebenarnya terdapat banyak kaedah untuk membersihkan perut mengikut pelbagai masyarakat dan agam. Misalnya Agama Islam, di samping mewajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Islam juga menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis dan pada hari-hari tertentu. Amalan ini dapat membersihkam perut dan seterusnya menerangkan hati pengamalnya. Kesihatan otak dan badan keseluruhannya akan bertambah sekiranya anda rajin menjaga kebersihan usus dan perut.

PETUA MUJARAB UNTUK KECERDASAN DAN INGATAN

PETUA - PETUA MUJARAB UNTUK KECERDASAN DAN INGATAN
1) Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan otak yang pintar dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Nabi s.a.w. menggalakkan penggunaannya untuk kecerdasan.
2) Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah - masalah yang berhubung dengan otak. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu.

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS ISLAM

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Thursday, June 24, 2010

MADAH TERINDAH

MADAH TERINDAH..

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).

Janganlah kamu hanya berdoa”Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.

“Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah” (Hadis Riwayat Muslim)

“Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi” (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya” (Hadis Riwayat Al-Khatib)

“Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati” (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Kapankah Allah SWT tidak senang kepada hambaNya? Yaitu ketika seorang hamba merasa terganggu dengan lamanya berdzikir secara kolektif. Jika cintanya pada Allah swt adalah Cinta Sejati, maka itu akan terasa seperti sekejap mata.

“Yang lebih penting daripada ilmu ialah pemindahan ilmu tersebut dari hati ke hati “

“Jadi Cinta adalah pilar utama paling penting dari Iman. Tanpa Cinta, tak akan ada Iman. Saya dapat berbicara tentang hal ini hingga tahun depan, tapi kalian harus mengerti, dari setetes, menjadi sebuah samudera!


KATA-KATA HIKMAH HARTA
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)

Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan si pandai.

Jauhilah tuJuh kebinasaan iaitu syirik, sihir, bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.

Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.

Keinginan kepada harta tidak terbatas, padahal hidup sendiri terbatas.

Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada. (Hamka)

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.

Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka)

Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal, bersikap dermawan sangat dianjurkan, tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.

Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus. Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.

Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.

Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.

Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.

Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri, orang yang berlaku curang.

Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.

Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.

Adakalanya untuk MEMILIKI kemegahan atau kekuasaan, SESEORANG itu akan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.

Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta. Pertama tamak dan haloba, kedua bakhil.

Harta benda amat perlu. Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji. Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.

Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda. Fikiran yang cerdas, akal yang lanjut, ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.

Kekayaan ialah nikmat Allah. Seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.

Bertambah tinggi darjat iman, bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi. Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).

Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.

Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan. Harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.