Tuesday, November 9, 2010

UNTUK KELIHATAN CANTIK

Untuk kelihatan cantik, anda boleh mengamalkan penggunaan Seri Wajah Aromatherapy. Seseorang yang mengamalkan Seri Wajah akan kelihatan lebih cantik, anggun dan mempunyai daya tarikan yang memikat. Kepada mereka yang masih belum mempunyai pasangan, anda adalah disarankan untk mengamalkan penggunaan Seri Wajah, insyaAllah pasangan yang diimpikan itu akan segera datang dalam hidup anda.

Untuk menguruskan badan, mandian ais ozon hidroterapi mampu membuang lemak-lemak yang terkumpul didalam badan. Setiap 5 minit ozon hidroterapi adalah bersamaan 3 kilometer anda berlari. Jika diamalkan proses ini maka hasilnya, seseorang wanita itu akan memiliki susuk tubuh yang lansing , cantik dan menawan.

Jika anda mengalami masalah sering sendawa atau angin banyak dalam badan, "tidak perlu pergi berurut". Memadai dengan rawatan mandian ais, melalui sistem tekanan yang diwujudkan, maka semua jenis angin dan toksid atau sebarang keracundan dan kekotoran akan keluar dari badan anda. Hasilnya anda akan mendapat semula keseimbangan asal tubuh badan anda.

Monday, November 8, 2010

COLOUR VIBRATION THERAPY

COLOUR VIBRATION THERAPY (CVT) atau terapi getaran warna adalah suatu kaedah perawatan penyakit berasaskan sains fizik dan berkonsepkan Islamisasi ilmu yang menilai tahap-tahap spiritual, emosional, mental dan fizikal seseorang ke arah keseimbangan semulajadi secara tepat dan menyeluruh.

Perawatan ini dihasilkan oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab, juga sebagai pengasas CVT, yang menumpukan keharmonian dalam kesihatan melalui penghasilan teori-teori dan penawar yang cukup relevan di alaf baru ini.

CVT turut memperkenalkan kaedah pengesanan penyakit melalui kaedah "Applied kinesologi" - kinesologi gunaan pada otot tangan untuk mengesan sebarang masaalah atau jenis penyakit.

CVT juga boleh mengesan warna diri atau aura seseorang sebagai tujuan mengenalpasti level atau tahap keperibadian yang menjelaskan ciri-ciri atau personaliti, pemikiran dan corak penghidupan. Dengan mengenal diri, seseorang itu akan lebih bersemangat dalam kehidupan, lebih tenang dalam segala ruang yang dilalui dan menikmati keharmonian sepanjang masa.

CVT menyediakan kaedah perawatan penyakit melalui penawar-penawar seperti Pati Bunga Aromaterapi (Seri Wajah), Formula NW, Alga dan lain-lain. Sementara konsep mandian atau rendaman ais (hidroterapi ais) yang diperkenalkan oleh CVT sebenarnya berilhamkan amalan tradisi yang disesuaikan dengan lebih praktikal dan berasaskan kepada idea-idea saintifik. Pendekatan terapeutik CVT melalui hidroterapi ais dalam rawatan pemulihan penyakit atau keharmonian diri melalui rangsangan semula sistem kederiaan tubuh secara serentak bermula dari tahap bawahan (fizikal) hingga ke tahap spiritual ke arah keseimbangan sebagai kaedah paling selamat dan semulajadi.

CVT sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.
Bahan-bahan disediakan oleh:
Faculty University Science of Colours
Affiliated to:
The Open International University for Complementary Medicinies (OIUCM)

TUMBUHAN SEBAGAI UBAT-UBATAN

Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan
PENGENALAN
Malaysia memang terkenal dengan kekayaan hutan tropika yang meliputi sebahagian besar daripada muka buminya. Tumbuhan yang segar ini bukan sahaja menyaman dan mengindahkan persekitaran, tetapi juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaan ini jelas menunjukkan kebesaran Tuhan dan betapa sedikitnya ilmu yang ada pada manusia. Betapa tidaknya, jika diteliti dan dikaji, hampir setiap tumbuhan yang dijadikan oleh Tuhan, semuanya mempunyai kegunaan dan keistimewaan yang tersendiri. Sebahagian besar daripada tumbuhan dapat dijadikan ubat; apa yang perlu ialah ilmu dan kajian yang mendalam mengenai sesuatu tumbuhan itu.
Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berlangsung sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum. Contohnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 70-80 peratus dari penduduk dunia masih lagi bergantung kepada sistem perubatan tradisional di dalam penjagaan kesihatan asas, manakala di China sistem tradisional telah digunakan sebagai rawatan asas dalam lebih 40 peratus daripada masalah kesihatan dan penjagaan kesihatan.
Pada umumnya yang dimaksudkan dengan ubatan tradisional adalah ramuan dari tumbuhan-tumbuhan yang berkhasiat atau dikatakan berkhasiat sebagai ubat. Khasiatnya diketahui dari penuturan orang-orang tua atau dari pengalaman. Orang-orang Melayu telah sekian lama mengamalkan cara pengubatan yang menggunakan tumbuhan, sama ada ia berasal dari hutan, sekitaran atau ditanam khas untuk tujuan ini. Berbagai-bagai jenis tumbuhan telah diketahui boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan digunakan dalam perubatan tradisional. Penggunaan tumbuhan dalam perubatan perlulah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Sepatutnya ia hanya boleh diamalkan oleh orang-orang yang berpengetahuan mengenainya, seperti ahli perubatan tradisional atau ahli herba. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang mencuba pengubatan tradisional ini dengan sendiri untuk menyembuhkan beberapa penyakit yang tidak berbahaya. Pengalaman mengajar mereka apakah jenis-jenis tumbuhan yang boleh dan tidak boleh di makan. Perhubungan antara rupa bentuk, warna atau bau sesuatu tumbuhan itu sering dikaitkan dengan jenis penyakit yang ingin diubati. Ia merupakan salah satu cara yang penting dalam menentukan tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
TUMBUHAN UBATAN
KUNYIT (Curcuma domestica)
Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, tetapi sekarang telahpun tersebar di seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama saintifiknya Curcuma domestica sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu. Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga); temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam (Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).
Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya. Curcuma domestica mudah ditanam di negara ini dan sering ditemui dipinggir rumah atau ditanam di dalam pasu oleh masyarakat Melayu. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun tahunan. Tingginya lebih kurang satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang. Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya (umbi) berwarna kuning tua serta beraroma yang tersendiri.
Daripada analisis kimia rizom kunyit, sebatian-sebatian kimia yang dikenal pasti ialah curcumin yang memberikan warna kuning, tumereon, zingiberin, dan minyak pati yang terdiri daripada turmerol, fellandren, kamfer, curcumon dan lain-lain lagi. Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.
TEMU LAWAK (Curcuma xanthorhiza)
Temu lawak (Curcuma xanthorhiza) merupakan spesis kunyit yang tumbuh liar. Rumpun tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian dua meter dan merupakan spesis yang tertinggi dibandingkan dengan spesis-spesis lain. Struktur temu lawak seperti kunyit biasa tetapi tulang daunnya berwarna ungu tua. Bunganya berwarna kuning kemerahan. Rizomnya berwarna oren muda, besar dan panjangnya mencapai 10 cm. Aromanya berbeza daripada kunyit biasa dan rasanya pahit pedas. Sebagai bahan ubatan tradisional, temu lawak digunakan untuk mengubati penyakit hati dan demam kuning. Ia juga merupakan ramuan dalam jamu untuk menyembuhkan demam, sembelit, melancarkan aliran darah, meransang pengeluaran air hempedu, ubat asma, dan sakit perut..
Minyak temu ini digunakan sebagai anti-inflamateri. Perahan air temu lawak juga dapat merangsang pembentukan susu bagi ibu-ibu yang bersalin. Disebabkan kegunaannya begitu meluas, di Indonesia ia boleh diperolehi dalam bentuk tablet di kedai-kedai farmasi dengan beraneka jenama.
TEMU HITAM (Curcuma aeruginosa)
Temu hitam merupakan spesis kunyit yang hidup liar dan boleh ditemui di Myammar, Indonesia dan Malaysia. Rizomnya yang tua berwarna ungu atau biru tua, sementara rizom yang muda berwarna biru kehitaman. Rasanya pahit dan pedas. Rumpunnya boleh mencapai ketinggian 1.5 meter. Daunnya berwarna hijau tua dan tulang daunnya berwarna merah keunguan. Rizom temu ini digunakan sebagai ramuan ubatan tradisional.
Contohnya ia digunakan bersama daun lemundi dan madu lebah untuk mengecutkan rahim bagi wanita yang bersalin. Rizomnya juga digunakan sebagai ubat cacing, membangkitkan selera makan bagi kanak-kanak, ia juga digunakan untuk penyakit kulit, pembersihan nifas, dan beberapa penyakit jangkitan kulit.
TEMU PUTIH (Curcuma auriantica)
Temu putih juga mempunyai struktur rumpun yang hampir sama dengan temu lawak. Yang membezakannya ialah rizomnya yang besar dan berwarna putih. Spesis ini sukar ditemui di Malaysia tetapi banyak terdapat di Jawa secara liar. Rizomnya berasa pahit. Rizomnya dijadikan ramuan dalam ubatan.
Air perahan rizom digunakan untuk membuang angin dalam perut dan merangsang pengeluaran air hempedu. Ia juga digunakan sebagai bahan ramuan untuk mengibati usus berdarah (najid berdarah). Tepung temu putih digunakan untuk membuang lemak daripada perut dan mengubati penyakit keputihan.
HALIA (Zingiber officinale)
Halia adalah sejenis tanaman purba. Zingiber ertinya sesuatu yang berbentuk tanduk, ini mungkin ada kaitan dengan bentuk rizom atau umbisinya. Asal usul tanaman halia tidak dapat dipastikan. Ada yang mengatakan tanaman halia berasal dari dataran Asia Tropika, yang merangkumi India hingga ke China. Dengan itu adalah dipercayai bahawa masyarakat India dan China adalah yang mula-mula menggunakan halia. Terdapat juga kenyataan yang mengatakan halia berasal dari Amerika Selatan.
Rizom halia mengandungi 0.8 hingga 3.3 peratus pati minyak dan lebih kurang 3 peratus oleoresin. Kuantiti ini bergantung kepada klon dan juga umur semasa dituai. Selain daripada itu, terdapat juga zat-zat makanan lain seperti vitamin A, B dan C; lemak; protein; asid organik; oleoresin minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren. Secara tradisional halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain. Sebaliknya rizom halia muda digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan ringan, minuman dan halua. Halia muda digunakan kerana serabutnya yang lembut dan halus.



Di Eropah, halia dikenali sejak zaman Dioscorides dan Pliny, pada abad pertama sesudah Masihi. Penerangan mengenai halia terdapat dalam Meteria Medica. Di sini halia disifatkan sebagai bahan yang berasa pedas apabila dimakan dan boleh membantu dalam pencernaan dan digunakan sebagai penawar racun.
Halia juga disebut di dalam al-Quran.
Sementara itu di dalam Hikayat Seribu Satu Malam telah dicerita tentang khasiat halia sebagai ubat peransang dan pembangkit syahwat. Rosengarten menyatakan bahawa dalam abad ke-5, halia yang ditanam dalam pasu sering dibawa bersama-sama dalam pelayaran yang jauh antara China dan Asia Tenggara. Halia ini digunakan sebagai makanan segar atau digunakan sebagai ubat mencegah sakit perut akibat kekurangan vitamin C.
CEKUR (Kaempferia galanga)
Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Jawa, tanaman ini dikenali sebagai kencur.
Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatia pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.
Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf, dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit-penyakit-penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat di pasaran . Selain itu, kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif. Cekur selalunya digunakan dengan daun jerangau.
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan.. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan juga membunuh kutu kepala. Orang Cina juga percayarizom sebagai bahan penyelera makanan, membuang angin dalam perut, mengubati sembelit, sakit kepala, dan sebagainya.
Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik. Daripada laporan yang diperolehi nyatalah bahawa cekur merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang paling popular digunakan oleh berbilang masyarakat di Nusantara.
ASAM JAWA (Tamarindus indica)
Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian Selatan padang pasir Sahara. Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati di kebanyakan kawasan tropika di benua Asia, Afrika, dan Amerika. Di Malaysia, kita biasa dengan pokok asam jawa yang tumbuh rendang, jarang-jarang melebihi ketinggian 10 m. Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus. Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang benkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu.
Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya ia dibahagikan kepada dua jenis, iaitu yang masam dan yang manis sedikit. Buah pokok asam yang manis di makan sebagai manisan. Kandungan gula dalam buah ini boleh mencapai 40 peratus. Kandungan bahan kimia yang memberi ciri asam pula ialah asid tartar yang boleh mencapai sehingga 14 peratus. Buah asam jawa juga mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak. Biji asam jawa pula mengandungi 63 peratus kanji, 14 peratus hingga 18 peratus albuminoid, dan lebih kurang 6 peratus minyak. Ia dijadikan sumber jelos seperti pektin yang digunakan dalam pelbagai industri.
Asam jawa dan akar pokok asam jawa digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas buang air besar. Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati, dan penawar kurang selesa. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa pula mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin, manakala isinya mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser, dan gatal kerana terkena gigitan serangga.
Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas. Daun muda ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka , dan bisul. Daun asam jawa yang dicampur dengan kunyit dan ditumbuk lumat jika disapu pada bisul, dikatakan boleh mengubatinya. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan. Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah. Sememangnya asam jawa mempunyai banyak kegunaannya dalam perubatan. Selain daripada mengubati penyakit-penyakit di atas, asam jawa juga boleh mengubati pelbagai penyakit seperti selesema, gatal kerongkong, disenteri berdarah, batuk, sakit otot, jaundis, cacing dalam perut, dan cirit birit.
BAWANG PUTIH (Allium sativum)
Bawang putih atau nama sainsnya Allium sativum merupakan tumbuhan berumpun yang bersiung-siung, di mana tiap siungnya terbungkus dengan kulit tipis. Daun bawang putih berbentuk pita, dan akarnya akar serabut. Bunganya berwarna putih, dan kalau dihiris umbinya berbau sangat tajam dan khas. Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih ialah sativine dan allicin. Sativine adalah bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan.
Di samping itu ia meransang susunan saraf dan ia berbahaya pada ana kecil kerana mungkin mengakibatkan gatal. Allicin pula mempunyai khasiat antibiotik. Kandungan kimia lainnya adalah: sinistrin, saponin, nicotinic acid dan bersifat hipotensive. Diallydisulfide sebagai anticacing, yitamin A, vitamin B, C dan vitamin D. Juga didapati HCN dan fosfor. Bawang putih sebagai antibiotik dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Bawang putih begitu kuat sehingga ia mampu memusnahkan sebahagian organisme yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling kuat. Tetapi tidak seperti ubat biasa, bawang putih tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya.
Oleh itu, bagi mereka yang menghidap selesema, flu, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain yang berjangkit, maka bawang putih baik untuk kesihatan. Bagi jangkitan dalam telinga, minyak bawang putih yang dititik ke dalam telinga dikatakan ramuan yang berkesan. Bawang putih juga dapat mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun, termasuk logam berat, dari tubuh. Maka tidak diragui bahawa ia boleh membantu pesakit kanser dan penghidap penyakit serius lain kerana penyembuhan lebih mudah berlaku apabila darah menjadi bersih. Ia juga dapat membantu kes-kes kanser yang jauh di dalam tubuh, seperti kanser usus besar, hati, pankreas, prostat, rahim dan tulang. Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung (biasanya jenis yang). Bawang putih mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah.
Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam salur darah yang sebahagiannya disekat oleh himpunan kolesterol. Dengan itu kuranglah berlaku serangan jantung. Jadi, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.
KESIMPULAN
Sememangnya tumbuh-tumbuhan yang dianugerahkan oleh Allah mempunyai nilaian yang tidak terhingga. Siapa sangka tumbuhan sebagai sumber kegunaan dalam makanan harian kita mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan diri yang mana kita sendiri kurang menyedarinya. Setiap amalan daripada orang yang terdahulu atau lebih tepat lagi daripada masyarakat primitif atau orang asli yang telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain telah meninggalkan kesan yang amat mendalam. Selain daripada mempercayai keberkesanan pelbagai tumbuhan sebagai ubatan tradisional yang mana ia diamal sehingga kini, penemuan-penemuan tersebut juga telah membawa kepada penemuan baru sejajar dengan perkembangan teknologi. Tumbuhan ubat-ubatan telah memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden. Maka kepentingan tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden tidak boleh disangkal lagi. Walau bagaimanapun, masyarakat kini sudah celik dan maklum dengan ilmu-ilmu perubatan tradisional yang diwarisi dari amalan dan pertuturan orang-orang terdahulu. Oleh kerana pengamalan ubatan tradisional dari tumbuh-tumbuhan menghasilkan kesan yang positif, maka kebanyakan masyarakat dari pelbagai kaum memilih untuk mengamalkan perubatan tradisional kerana ia lebih mudah, senang didapati, dan tiada kos atau kos yang rendah.
Pada dasarnya tumbuh-tumbuhan dan beberapa keluaran semulajadi yang lain turut menjadi sumber utama dalam sistem perubatan tradisional ini. Selain daripada itu, tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai jenis genera dan spesies ini juga menawarkan pelbagi bentuk bahan asas untuk kegunaan manusia seperti sumber makanan, tempat lindungan dan pakaian. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa perhubungan antara manusia dan tumbuh-tumbuhan memang banyak memberi manfaat kepada manusia sejagat sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

MINYAK WANGI DAN JIN

Asalammualaikum semua !!Kenapa Nabi saw kita pakai minyak wangi ???Salah satu khasiat wangian ini ianya bolih menyegarkan minda.Yang kedua ALLAH suka pada bau yang wangi dan juga semua mahkluk ALLAH yang bebaik macam malaikat,wali atau para roh yang baik baik suka pada wangian !!Itu lah sebab nya pakai wangian hukum nya SUNNAT.Kalau untuk lelaki bau nya keras dan untuk perempuan bau nya lembut.Syaitan tidak suka bau wangi, dan dari pengalaman saya mengubat orang yang kena rasuk, bila di sapu dengan minyak wangi khusus nya AMBER KASTURI, jin itu akan melolong dan menjerit..kata nya BUSUK..BUSUK.., bagi kita wangi dan bagi syaitan atau jin kafir ianya BUSOK….Memang lah kalau pakaian lelaki mesti lah baunya KERAS, tak begitu pakcikli…wasallam.
Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Dalam Bidang Perubatan Aromaterapi.

1. Cinnamon Leaf (Daun Kayu Manis)
Membantu melawan keletihan, stress, rasa lemah. Memberi rasa ketenangan dan melawan tekanan. Membantu proses pencernaan, memberi kelegaan kepada otot dan sakit sendi seperti sengal-sengal. Membantu melancarkan perjalanan darah.
2. Citronella (Serai wangi)
Memberi rasa ketenangan, rangsangan, dan minda. Membersihkan udara kotor (bakteria)di dalam bilik dan membantu melegakan demam dan selsema. Sangat baik untuk mengatasi sengal-sengal, mengurangkan kulit berminyak dan kaki berpeluh. Bagus untuk mengatasi gangguan nyamuk.
3. Cajeputi Leaf ( Daun Gelam )
Sangat baik untuk mengatasi masalah pencernaan dan masalah kulit. Ia membantu mengimbangi minda dan merangsang fikiran. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik untuk saluran pernafasan dan melegakan sakit kepala, gout dan sakit sendi. Fungsinya adalah sama seperti minyak cap kapak. Ia membantu menghentikan darah akibat luka dan menyembuhkan luka dengan cepat.
4. Patchouli ( Nilam )
Sangat baik untuk mengatasi masalah tekanan dan sangat effektif untuk meningkatkan syahwat. Baik untuk masalah kulit, membantu mengatasi jangkitan dan gigitan serangga. Berfungsi untuk meningkatkan aliran air kencing dan mengurangkan selulit.
5. Citrus Lime (Daun limau kasturi)
Sangat baik untuk menghilangkan tekanan dan kesedihan. Mandi dengan menggunakan citrus lime essential oil akan mampu melegakan demam. Memberi rasa ketenangan dan mampu melegakan demam. Membantu sistem pencernaan dan pernafasan serta meningkatkan selera makan, melembutkan kulit dan mengurangkan masalah bengkak.
6. Lavender (Lavandula augustifolia)
Minyak ini menawarkan rasa ketenangan dan kedamaian yang membantu menghilangkan rasa tekanan. Sangat baik sebagai ubat antiseptik yang membantu mengubati demam, selsema dan sebagainya. Ianya juga sangat berguna untuk penyakit asma dan migrain. Ia mampu mengelakkan kesan calar dan mengimbangi kulit. Sangat berguna untuk sistem pencernaan dan sistem pernafasan. Bagus untuk otot dan sakit sengal-sengal.

Thursday, July 29, 2010

PUASA UBAT AJAIB MENINGKATKAN IQ

PUASA : UBAT AJAIB MENINGKATKAN IQ
Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan. Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.
Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Belaiu sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para serdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan 'genius'. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia 'baligh' dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.
Puasa merupakan 'keajaiban dari langit' kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh kebatinan berkata, "Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya."
Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma anda memetik kesimpulannya, " Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa."
Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku 'overhaul tubuh', menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.
Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-tabib Islam juga mengeaskan bahawa perut (ma'idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma'idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma'idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, "Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu."
Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.
Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."
Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih 'pick-up', bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

PETUA MENDAPAT ANAK, ANAK LELAKI, PUTIH BERSIH

Petua Mendapat Anak.
Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.
Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki
hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan kesebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.


Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.


Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap
malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Petua 3
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika
tidur.
Petua 4
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.


Air Susu Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.


Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.


Menyembuhkan Luka Pada Rahim
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.


Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan.
Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbukbersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. InsyaAllah ia amat berkesan.

Komen
Petua-petua di atas merupakan hasil dari koleksi petua-petua yg diamalkan oleh nenek moyang kita. Sebahagian dari petua dan rawatan tersebut telah dipermudahkan pada masa sekarang dengan kewujudan industri-industri herba. Ubat-ubat dari herba dapat diperolehi dengan mudah dari kedai-kedai.Peringata n:- Pastikan segala ubat-ubatan herba tersebut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Sebaik-baiknya jika anda mengalami masalah kesihatan berkaitan alat sulit anda seperti keputihan dan sebagianya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya. Petua-petua senaman yang telah diberikan di dalam dokumen ini amat baik sekali untuk diamalkan sama ada anda belum atau sudah berkahwin. Ia telah diperakui oleh pakar-pakar kesihatan. Boleh disemak didalam laman-laman web antarabangsa. Gunakan keyword “kegel exercise” atau “pelvic exercise”. Disamping untuk kesihatan seksual ia juga amat baik untuk mengatasi gejala seperti kencing tak puas (incontinence) disebabkan otot-otot pelvik yang lemah. Akhirkata, kepada wanita wanita yang telah berkahwin, manafaatkan amalan dan petua petua ini terutama petua senaman untuk kebahagiaan rumahtangga anda. Jangan anggap bila dah berkahwin dan mempunyai anak, maka kesihatan seksual tak perlu diberi perhatian lagi. Itu kesilapan besar.Peringata n :- Segala petua-petua diatas jangan digunakan untuk tujuan maksiat.